Followers

Tuesday, January 6, 2015

LALALA~~ :)

Assalamualaikum and hye hye hye to uolsss.

Sekarang aku tengah typing blog aku sambil dengar ost lagu Hana Zakarinokimitachi. Entah kenapa aku tetiba teringat kat Hazwan. Sedih pulak. Adik dia baru jer kembali ke rahmatullah. Aku tertanya-tanya dia macam mana sekarang. Sihat kah? Dah makin oke kah? Macam mana exam dia haritue., boleh jawab tak? Macam-macam sangat aku nak tanya dia sekarang nie. Tapi tue laa. Aku tak mampu nak tanya. Even atas nama kawan baik aku still aku still rasa tak mampu nak wassep tanya dia macam mana dia sekarang. Sekarang aku masih lagi final tapi tak tahu kenapa aku malas sangat dan gila korea aku menjadi-jadi pulak sekarang nie. Hasutan syaitan memang mengena betul dengan aku sekarang nie. Tepat jer dia tembak nak menghasut aku untuk study.

Bila terfikir pasal calculus aku rasa aku akan kena repeat laa. Aku sangat tak boleh buat calculus. Aku redha. Aku jadi macam tue pun sebab salah aku sendiri. Nie laa nilai yang perlu aku bayar atas apa yang aku dah buat. Aku redha sangat-sangat sebab memang salah aku. Nampaknyaa impian aku nak belajar dekat Korea hanya tinggal harapan je laa kot. Tak mungkin layak aku even untuk mintak pinjamam sekali pun. Mesti tak layak. Aku ada lagi dua paper untuk aku habiskan sebelum balik cuti. Tak sabarnya nak jumpa family sekarang nie. Rindu sangat family aku. Tambah-tambah bila lama tak balik lepas tue dengan time exam pulak niee. Memang mixed betul perasaan aku sekarang nie. Balik nie pulak terus kena kerja. Since aku dah lama tak jumpa budak-budak aku harap aku akan jaga dorang nanti dengan penuh kasih dan sayang. Macam anak aku sendiri laa kiranya. Bukan maksudnya sebelum nie aku tak cuba yang terbaik. Tapi aku rasa sebelum nie aku belum bagi sepenuhnya dekat budak-budak yang aku jaga. Kali nie niat aku nak jaga budak-budak tue semua dengan baik sekali. Nak control marah. Lagipun satu hari nanti aku akan hidup berkeluarga jugak. Aku pun mesti tak nak orang buat teruk-teruk kat anak aku nanti. So aku akan cuba bersungguh-sungguh jaga dorang dengan baik. Doakan aku yer. Maaf kalau ada salah silap. Aku ssayang semua orang. Peace yooo!!~~
Starry Sun