Followers

Saturday, July 27, 2013

WINDOW SHOPPING WITH FRIEND :)

Assalamualaikum  n hye hye hye to uols,

Keletihan sesangat hari nie. Disebabkan seharian aku berjalan hari nie dengan ex-classmate aku Atiah. Mula-mula kami gerak ke Masjid India. Dan seperti biasa memang kebiasaan time nak dekat-dekat raya nie orang macam sardin lah. Memang bertolak-tolak laa orang kat situ tadi waktu nak lalu. Banyak kedai jugak yang kami nak tengok tak jadi sebab tak tahan dengan lautan manusia. Aku rasa time solat pun tade laa safnya terapat and tenhimpit macam kat situ tadi. Lagi satu sebab kami tak beli banyak barang sebab elaun tak masuk lagi. So memang window shopping je laa. Then waktu nak solat zohor tadi kami pegi surau kat zohor. Disebabkan keadaan yang sangat tak selesa dalam surau tue so kami pun decided nak keluar dari lautan manusia tue. Kami pegi pulak laa jalan ke Times Square. Kat situ aku rasa lagi aman laa nak dibanding dengan Masjid India tue. Ye laa. Orang pegi Masjid India tue sebab nak beli baju raya and so on. Kami yang nak window shopping nie memang merana laaa. Kat Masjid India tue pun aku beli blouse sama dengan Atiah jer. Pastu terus pegi TS. 

Kat TS aku rasa banyak jer lagi blouse dia yang menarik untuk dibeli. And harga dia memang tak mahal. Murah jer. Memag affordable sangat-sangat. Banyak jer kedai yang jual baju RM 10-RM25. And baju dia pun lawa-lawa jugak. Tapi disebabkan terlalu penat so kami tak de la fokus untuk berwindow shopping kat situ. Lepas solat terus pegi cari wayang.Kami decide nak tengok cita paling murah and tak kacau time bukak puasa memandangkan time tue pun dah pukul 4.45. Tengok punya tengok cita RED 2 jer yang paling menepati syarat yang kami nak. Mula-mula aku bajet cita nie macam tak best giler. Macam hambar jer. Tak tahu la kenapa aku boleh pikir camtu walaupun seat dia dah hampir full . Mungkin sebab tak pernah dengar pasal cerita tue kot.Then dah pukul 5 kami pun masuk laa. Nak tahu? Citer tue memang best giler. Penat gelak kot tengok cita tue. Serius best gila. Bukan aku dengan member aku jer bergelak. Habis satu panggung gelak tengok cita tue.

 

Habis jaa cita tue kami pun cari laa tempat nak makan untuk berbuka. Then rushing macam nak menggila sebab aku takut kena tahan dengan pak gad sebab balik lambat sangat. Begitu laa perjalanan aku sepanjang hari nie.  Oke. Mata pun tak larat nak bukak katil pun dah panggil soh tidor so night :D
Starry Sun