Followers

Thursday, May 30, 2013

For JUNIORS. :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.

Aku tahu sememangnya aku dah lambat nak bercerita pasal u aku. Adik-adik semua pakat dok ready dah nak masuk u bagai kan?. Tapi. Sajalah aku nak menulis pasal u aku yang tercinta. CFSIIUM. Aku dulu pun macam korang-korang jugak. Sebelum nak masuk u tue macam-macam aku pikir. Apa barang nak bawak laa. Mahallah macam mana laa. Kelas macam mana laa. Tade basic arab nak buat apa la. And macam-macam lagi laa. Banyak laa aku kat situ. So aku nak cerita laa serba sedikit . Awal-awal nie mesti korang pikir aku nak asasi setahun jaa. buat apa nak banyak-banyak tahun. Rugi masa jaa. Aku tahu mesti ada punya yang terfikir macam nie. Aku pun pernah laluinya jugak. So aku tahu laa. Haha.

 

Tambah pulak korang yang takda basic arab. Memang lagi laa rasa takut kan?. But believe me. Yang korang akan rasa lebih seronok belajar 2 tahun daripada setahun. Lebih rilex kot. Tak laa rasa penat. First year je kot korang penat sikit kalau tak exempted. Kalau dah exempted comfirm rilex punya laa. So kepada yang tak exit tue nanti  jangan kecawa pulak. Pulun satu sem then bila dah exit banyak masa korang boleh luangkan. Macam roomates aku. Rilex gila aku tengok bila dia dah exit dua-dua waktu sem 3 baru nie. Aku nie je laaa yang masih lagi terkapai-kapai mengadap arab n bi lagi. Mau tak nyaa? Aku banyak main sesangat sem 1 dulu. So kena up level je laa. Doakan aku exit ye sem nie. Aku pun doakan junior-junior sekalian supaya cepat exit bi and arab.


Rasa takut nak belajar arab sebab tak dak basic arab? Jangan risau. Di CFSIIUM nie ada banyak ustaz and ustazah yang berkaliber. Ayat aku tue memang bajet macam iklan sikit. Maaf yaa. Heee. Since aku belajar arab memang aku dapat ustaz yang best sangat-sangat. Tapi memandangkan aku terlalu tak ambil serius belajar arab sem 1 dulu so aku kena naik level. Tapi aku rasa ramai jaa yang boleh exit arab niee dari level 1.  Ramai jaa mem aku yang exit. Segala-galanya bergantung pada usaha dan doa kita sendiri. Kalau doa jaa tak usaha pun payah jugak kan?. So. Kena fair n square laaa.Best kot belajar arab sebenarnya. Serious talk.

 

Pasal mahallah pulak. Aku penghuni mahalah Aisyah. Memang laa kalau korang awal-awal masuk mahalah nie macam-macam korang akan komen. Mahalah aku nie tak laa secantik mahalah sister yang lain. Tapi once you become apart of Aisyahian you will love it. Tapi kalau jenis yang memang tak pernah rasa hidup susah tue memang payah laa. Kot laa kat rumah dia dinding warna-warni kaa. Jangan laa terkejut sangat bila datang mahalah aisyah nie. Aku pun pernah gak rasa  tak selesa. Tapi bila dah satu sem dok mahalah tue aku rasa taknak tukar mahalah lain. Makanan kat mahalah aku dikategorikan sebagai makanan paling murah laaa antara mahalah sister. Untuk mahalah brother aku tak tahu laa pulak. 


Okelah. Sampai disini sahajalah perkongsian aku pada hari ini.Kalau ada apa-apa lagi nak tanya boleh tinggal komen kat bawah. Yang mana aku boleh jawab tue aku akan jawab laa. Yang mana yang tak boleh tue ampun dan maaf dari hujung cell kaki sampai hujung cell rambut laa. Apa pun aku nak wish goodluck kat adik-adik yang akan masuk CFSIIUM nanti. Semoga kita bakal menjadi seorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat  kelak. 
Starry Sun