Followers

Thursday, May 30, 2013

For JUNIORS. :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.

Aku tahu sememangnya aku dah lambat nak bercerita pasal u aku. Adik-adik semua pakat dok ready dah nak masuk u bagai kan?. Tapi. Sajalah aku nak menulis pasal u aku yang tercinta. CFSIIUM. Aku dulu pun macam korang-korang jugak. Sebelum nak masuk u tue macam-macam aku pikir. Apa barang nak bawak laa. Mahallah macam mana laa. Kelas macam mana laa. Tade basic arab nak buat apa la. And macam-macam lagi laa. Banyak laa aku kat situ. So aku nak cerita laa serba sedikit . Awal-awal nie mesti korang pikir aku nak asasi setahun jaa. buat apa nak banyak-banyak tahun. Rugi masa jaa. Aku tahu mesti ada punya yang terfikir macam nie. Aku pun pernah laluinya jugak. So aku tahu laa. Haha.

 

Tambah pulak korang yang takda basic arab. Memang lagi laa rasa takut kan?. But believe me. Yang korang akan rasa lebih seronok belajar 2 tahun daripada setahun. Lebih rilex kot. Tak laa rasa penat. First year je kot korang penat sikit kalau tak exempted. Kalau dah exempted comfirm rilex punya laa. So kepada yang tak exit tue nanti  jangan kecawa pulak. Pulun satu sem then bila dah exit banyak masa korang boleh luangkan. Macam roomates aku. Rilex gila aku tengok bila dia dah exit dua-dua waktu sem 3 baru nie. Aku nie je laaa yang masih lagi terkapai-kapai mengadap arab n bi lagi. Mau tak nyaa? Aku banyak main sesangat sem 1 dulu. So kena up level je laa. Doakan aku exit ye sem nie. Aku pun doakan junior-junior sekalian supaya cepat exit bi and arab.


Rasa takut nak belajar arab sebab tak dak basic arab? Jangan risau. Di CFSIIUM nie ada banyak ustaz and ustazah yang berkaliber. Ayat aku tue memang bajet macam iklan sikit. Maaf yaa. Heee. Since aku belajar arab memang aku dapat ustaz yang best sangat-sangat. Tapi memandangkan aku terlalu tak ambil serius belajar arab sem 1 dulu so aku kena naik level. Tapi aku rasa ramai jaa yang boleh exit arab niee dari level 1.  Ramai jaa mem aku yang exit. Segala-galanya bergantung pada usaha dan doa kita sendiri. Kalau doa jaa tak usaha pun payah jugak kan?. So. Kena fair n square laaa.Best kot belajar arab sebenarnya. Serious talk.

 

Pasal mahallah pulak. Aku penghuni mahalah Aisyah. Memang laa kalau korang awal-awal masuk mahalah nie macam-macam korang akan komen. Mahalah aku nie tak laa secantik mahalah sister yang lain. Tapi once you become apart of Aisyahian you will love it. Tapi kalau jenis yang memang tak pernah rasa hidup susah tue memang payah laa. Kot laa kat rumah dia dinding warna-warni kaa. Jangan laa terkejut sangat bila datang mahalah aisyah nie. Aku pun pernah gak rasa  tak selesa. Tapi bila dah satu sem dok mahalah tue aku rasa taknak tukar mahalah lain. Makanan kat mahalah aku dikategorikan sebagai makanan paling murah laaa antara mahalah sister. Untuk mahalah brother aku tak tahu laa pulak. 


Okelah. Sampai disini sahajalah perkongsian aku pada hari ini.Kalau ada apa-apa lagi nak tanya boleh tinggal komen kat bawah. Yang mana aku boleh jawab tue aku akan jawab laa. Yang mana yang tak boleh tue ampun dan maaf dari hujung cell kaki sampai hujung cell rambut laa. Apa pun aku nak wish goodluck kat adik-adik yang akan masuk CFSIIUM nanti. Semoga kita bakal menjadi seorang yang berjaya di dunia mahupun di akhirat  kelak. 

Langkawi Aku Datang Part 1 ~~

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.

Dah lama gua tak sentuh blog gua. Nak buat macam mana. Sem nie gua rasa pack sesangat. Actually gua dah ada plan nak update blog gua. Cuma tinggal gua tak publish jaa apa yang gua dah tulis hari tue. Asal kasar bebenor aku hari nie. Gua gua pulak. Ampun yaa kakak-kakak abang-abang adaik-adik sekalian. Broadband aku baru boleh guna hari nie. So baru boleh menghapdatenya hari nie lah. Heee. 

Memandangkan sekarang nie aku tengah cuti sem, so aku pun just duduk lepaking lepaking dekat rumah je laa. Biasalah jadi penganggur selama 3 minggu. Then aku perlu meneruskan perjuangan aku di CFS yang tercinta kembali. Start je cuti sem aku member member PANDA aku ajak laa aku pergi Langkawi. Actually plan pergi Langkawi nie lama dah. Since mereka yang lain tue habis asasi or matrik lagi. And mereka-mereka lah yang arrange semuanya. Dari segi tempat bermalam n so on laa. Aku waktu tue tengah dalam exam week. So memang tak ambil tahu banyak sangat laaa. Just follow jaa apa yang dorang dah arrange tue.  I had been a lot of DUGAAN time nak pergi Langkawi nie sebenarnya. Sampai satu tahap aku dah nak give up dah. Mau tak nyaa. Terlepas ferry dah kot. Dah laa aku kena pergi sorang-sorang. Serius rasa macam nak nangeh jaa masa tue.

langkawi aku datang

Let me begins my hardship of my journey to Langkawi. Maaf kalau english gua terabur. Dah lama tak guna bahasa english nie. Hehe. 

Dari kulim aku kemudian bergerak ke Alor Setar bersama ayahku dan kemudiannya aku bergerak ke Arau bersama abangku and pagi esok tue baru bertolak ke jetty Kuala Perlis. Kawan aku yang naik dari Kuala Perlis waktu tue memang dah lama beli tiket. Aku sorang je yang tak beli tiket lagi. Plannya aku nak naik dekat Kuala Kedah dengan Syat, Fina, Leen, n Jah. Tapi ayah aku kata dah alang-alang abang aku nak ambil anak dia bawak balik rumah so apa salahnya kalau aku join sekali pergi naik dekat Kuala Perlis. Bajet je laa tak ramai orang kan. Sekali time nak pergi beli tiket. Perghhhhhh waa cakap sama luu. beratur pangjang gila beb. Macam tue nak dapat tiket pukul 10 sekali dengan Mona n Nezy? Memang tak laa. Lupa pulak yang waktu tue cuti tiga hari sebab cuti wesak sekali kan. So nak dapat tiket besar pic bawah nie brader aku terpaksa beratur selama sejam.Tue pun dapat tiket 3.45 petang. 

nie laa tiketnya.

Kecik je kan tiket aku nie. ? Tapi jangan pandang rendah sema dia. Nak dapat tiket nie sejam kot kena berdiri. Dah dapat tiket nie so aku pun balik laa rumah abang aku dulu. Sebab waktu tue jam baru pukul 12 lebih. So daripada aku tunggu lelama kat situ baik aku balik kan? Gerak lah aku kemudiannya kembali ke Arau. Lepas tue..........

To be continued...........
Starry Sun