Followers

Thursday, February 28, 2013

LET BYGONES BE BYGONES

Assalamualaikum n hye hye to uols


Hari nie aku terasa nak menulis something yang  lebih kepada memberi semangat. Mood semangat aku niee tengah berkobar-kobar sebenarnya. Hahaha. K. Tak lawak punn. 

tadaaaa

Let bygones be bygones. Korang mesti pernah dengar idiom nie kan or dalam bahasa melayunya yang lepas biarkan berlalu. Apa yang semangatnya? Korang mesti pernah lalui masa yang memalukan or something yang buat korang rasa macam nak bunuh diri kan.? Saat getir dalam hidup yang memberikan kesan yang sangat tragis dalam hidup korang. Wahhh. Sudah keluar ayat BM aku tuee. Hahaha.

i feel so down

Mesti korang rasa macam down gila. Macam nak duduk kat planet lain tak nak jumpa sapa-sapa dah. Macam terngiang-ngiang dekat telinga korang pasal orang dok kutuk korang, dok kata korang, dok hina korang. Kadang-kadang orang tue tak kata korang secara direct punn korang akan rasa macam dia kata kat korang. Actually, nie semua dari pengalaman aku laa. Pengalaman korang eden tok tahu laaa. Heee. Aku pernah rasa macam nie. Sampai sekarang punn aku masih ada rasa macam nie. Tapi tak laa selalu. Kadang-kadang jaa. Dulu aku memang seorang yang touching tahap nak mampos laa. Pantang ada orang kata kat aku sikit. Mula laa dengan senangnya aku terasa , tersentap, terkilan, terkecewa dan segala ter lagilaa. Tapi sekarang nie aku rasa lebih baik sikit KOT dari dulu. Tak ada laa nak sentap sampai lama-lama sangat. Bila hidup dekat asrama nie memang tak sah laa kalau tak kata-mengatakan? Tambah laa kalau perempuan. Orang yang menulis nie punn pernah jaa mengata orang. Heee. So dari sini laa aku belajar erti kehidupan. Nie laa kebaikan duduk hostel wehh. Sampai korang akan rasa malas laa nak tersentap-sentap apa bagai. Dah lali dah kena kata. Dah rasa biasa dah kena kutuk tue. Korang kutuk orang so orang pun kutuk korang balik laa. Fair and square kan? Haha. 

Untuk kes yang rasa macam down gila bila teringat apa benda yang memalukan yang korang pernah buat  tue aku nak bagi tips sikit laa. Acewahhh. Bajet pulak kan?. Sekadar perkongsian jaa. Aku banyak kali pernah lalui benda yang macam nie. Teringat balik benda yang memalukan yang aku pernah buat dulu then rasa macam 'Ehhh. Bodohnya aku buat or cakap  macam tue. Asal bodoh sangat aku nie pergi buat or cakap macam tue?' Kalau aku ada perasaan macam nie aku akan cepat-cepat buang jauh-jauh dan pikir benda yang buat aku happy. Ye laa. That is the past right? Bukannyaa kita boleh ulang punn benda tue balik. Bukan kita boleh lari nak pergi hidup kat planet lain pun. Nak tak nak kita kena faced jugak semua benda tue kan? So daripada kita ingat then rasa down tahap terok sampai tak mau cakap dengan sapa-sapa, sampai nak berkurung dekat bilik tak nak keluar tue baik kita ingat benda lain. 


Yang boleh buat kita tersenyum. Yang boleh bagi kita rasa happy sangat-sangat.  Nak ingat untuk bagi peringatan kepada kita supaya tak buat benda macam tue lagi tak pe laa. Tapi kalau dah sampai kasi muka macam zombie tue sampai banyak hari baik lupakan je laa. Zombie punn tak sanggup nak tengok muka korang macam dia. Hidup tetap perlu diteruskan. Bukan kita hidup dengan masa lalu jaa. Kita hidup untuk masa depan jugak laa.  So lagi sekali aku ulang idiom aku. LET BYGONES BE BYGONES. Hahaha. Nampak tak bertapa semangatnya aku menulis benda nie.  Oke sampai di sini sajalah coreten aku kali nie. Aku nak kasi semangat aku nie untuk study pulak. HAYYABINA. 
Starry Sun