Followers

Tuesday, January 15, 2013

MENITI HARI :(

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,

Sekarang nie aku terasa macam zaman sekolah aku dulu. Berat sangat hati nak tinggalkan rumah untuk pergi ke sekolah. Ye laa. Aku dulu stay dekat hostel. Jauh pulak tue. Lama pulak nak tunggu boleh balik kan?. So inilah perasaan yang aku rasakan sekarang nie. Berat hati nak tinggalkan rumah. Meskipun aku mengaku yang aku nak pergi PJ bukan Bukit Kayu Hitam yang tak sebandar Petaling Jaya tue dah. But still aku rasa berat hati sangat. Banyak benda yang aku takut nak lalui kalau aku balik u nanti. 

where is my 'semangat' going?


Aku pun tak tahu mana pergi semangat aku. Semuanya macam hilang dibawa angin jaa. Mungkin semester 1 aku yang buat aku rasa cuak gila nak masuk sem 3 . Bukan apa. Sem 1 aku dulu hancuss tahap apa lagi. Nyawa-nyawa ikan dah laa bagi istilah aku. Masuk sem baru nie aku tak tahu yang aku boleh tak nak capai target mak aku tue. Serius aku rasa berat and payah sangat. Perasaan aku takut macam nak mati jaa bila ingat nak balik u. Banyak lagi barang-barang yang aku tak packing padahal sabtu nie dah nak gerak. Seriously i am not ready. Aku dah tak tahu macam mana nak bagi semangat kat diri aku sendiri. I feel really down. And i hate this kind of feeling. Aku harap aku jumpa penyelesaian masalah aku nie sebelum aku masuk u. 
Starry Sun