Followers

Friday, January 4, 2013

Azam Tahun Baru :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.




Aku tahu aku dah lambat. Tapi aku nk wish jugak. Selamat tahun baru semua. Hehe. Aku busy sangat lately menguruskan taska baru mak aku tue. Haritue aku dah janji kan nak cerita apa azam aku tahun baru nie. Oke. Aku akan share apakah azam aku tahun nie. 

Azam Nurul Atiqah Binti Mohd. Nasarudin 2013:




1. Aku nak turun 5 kilo. Nie laa apa yang aku nak sangat-sangat sekarang nie. Bukannyaa apa. Berat aku sekarang nie memang tak berapa nak ideal pun. So kalau turun 5 kilo at least aku tak ada laa penat sangat nak menampung berat badan aku sekarang nie. Heee. Harap-harap sebelum 2014 menjelma aku dapat laaa apa yang aku hajatkan nie. Kenapa 5 kg jaa? 5 kg tue pun sebenarnya dah cukup susah bagi aku yang kuat makan nie. Kalau dapat turun lebih lagi punn bagus jugak kan. Hehe.

2. Aku nak dapat pointer at least 3.3. Macam lemah sangat jaa target aku. As sebelum nie aku dah lalui sem 1 and aku dah taw bertapa susahnya nak dapat pointer even 3.0 tue. Plus aku nie memang style suka banyak main sangat. So aku pun target banyak nie je laa. Harap laa impian aku tercapai. Hehe.


3. Aku nak jadi muslimah yang lebih baik. Aku rasa benda nie ramai orang yang idamkan. Tapi benda nie laa yang sebenarnya susah sangat orang nak buat (aku pun sama laa). Ye laa. Bila hidup dalam zaman globalisasi nie macam-macam laa dugaan yang kita kena hadapi. Hehe. Ayat aku macam nak buat karangan bahasa Melayu pulak. 



4. Aku tak nak COUPLE. Tahun lepas aku boleh jalani kehidupan aku tanpa couple. So aku harap ALLAH akan kuatkan iman aku daripada benda macam nie untuk tahun nie. Aku nie pun manusia biasa. Yang nak ada perasaan untuk disayang dan menyayangi. Tapi aku harap aku takkan terjerumus lagi dengan alam couple bagai nie. Serik? Mungkin laaa. Mungkin jugak sebab ALLAH nak bagi tahu aku yang aku akan jumpak orang yang lagi baik. So tak payah laa aku nak susah-susah mencari masa nie. Hehe. Ayat aku macam orang kecewa nak mampos pulak.

5. Aku nak jadi seorang yang rajin. Aku memang malas pun. Aku mengaku semua tue. So tahun nie nak buat satu anjakan paradigma. Wahh. Ada style tak ayat aku tue? Oke. Sila gelak guling-guling. Tak salah kalau kita ada niat kan nak merubah diri menjadi yang lebih baik. Walaupun benda tue susah tapi kalau kita niat dengan hati yang ikhlas mesti kita boleh buat kan? Ayat motivasi tuee. Sapa yang nak bagi free. Hehe.




6. Aku nak beli xperia go. Opsss. Benda nie pun termasuk ke dalam aku punya azam? Hehe. Aku memang dah lama berkenan dengan phone nie. Harap laa impian aku tercapai nak memiliki handphone nie tahun 2013 nie. Kena bajet laa duit perbelanjaan aku jawabnya.

Jadi nie laa azam aku bagi tahun baru nie. Semoga tercapai laa segala impian dan harapan aku. Aku letak nak turun berat badan yang first sebab benda nie laa yang paling aku nak sangat-sangat bila munculnya 2013 dalam hidup aku. Doakan aku supaya aku dapat apa yang aku nak. Aminn. Hehe.
Starry Sun