Followers

Wednesday, January 23, 2013

WHEN THE DAYS COMES :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.

Sebelum memulakan penulisan aku marilah kita sama-sama selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sempena hari Maulidur Rasul pada hari ini.


Okelahh. Aku nak cerita pengalaman aku sepanjang aku dah balik CFS nie setalah bercuti selama hampir 3 bulan. Seriously, aku mengalami kepenatan yang amat sangat since balik haritu. Aku kena buat add/drop session yang kena beratur panjang dan sesak tahap nak mampos. Nasib baik satu subjek jaa aku kena add. Kalau tak serabut jugak laa kepala aku. Hehe. Tapi tue baru satu hari yang aku rasa oke lagi. Hari yang aku rasa paling tak sanggup nak hadap is today. Why I say so? Sebab harini class bi aku dipenuhi dengan lelaki yang menyebabkan kami budak perempuan feel so awkward in that class. Class yang dulu ceria dan penuh gelak tawa bagaikan sudah hilang serinya bila masuk dalam kelas tue.Nampak tak ayat sastera aku dah terkeluar kat situ. Bukan apa. For 1 semester we all have class without the boys. Bukan tak ada langsung tapi tak laa dalam kuantiti yang sangat banyak macam nie. Bayangkan 20 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Seriously I feel so awkward. Tambah-tambah bila pikir time nak kena buat presentation. Ya ALLAH. Maw tercabut lutut aku tahan ketaq. Tapi sekarang nie aku tengah menasihatkan hati aku dan memflush otak aku dari sebarang perasaan awkward tue dan nak rasa biasa jaa dalam kelas tue. Buat jaa macam budak laki tue tak ada. (tapi still tak tahu sampai berapa lama nak tahan buat donno tue) . Hehe. Apa-apa pun harap aku boleh go-on dan boleh capai apa yang aku target. I hope that I can exit in all the language subject that I have take.  Pray for me guys.

Tuesday, January 15, 2013

MENITI HARI :(

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,

Sekarang nie aku terasa macam zaman sekolah aku dulu. Berat sangat hati nak tinggalkan rumah untuk pergi ke sekolah. Ye laa. Aku dulu stay dekat hostel. Jauh pulak tue. Lama pulak nak tunggu boleh balik kan?. So inilah perasaan yang aku rasakan sekarang nie. Berat hati nak tinggalkan rumah. Meskipun aku mengaku yang aku nak pergi PJ bukan Bukit Kayu Hitam yang tak sebandar Petaling Jaya tue dah. But still aku rasa berat hati sangat. Banyak benda yang aku takut nak lalui kalau aku balik u nanti. 

where is my 'semangat' going?


Aku pun tak tahu mana pergi semangat aku. Semuanya macam hilang dibawa angin jaa. Mungkin semester 1 aku yang buat aku rasa cuak gila nak masuk sem 3 . Bukan apa. Sem 1 aku dulu hancuss tahap apa lagi. Nyawa-nyawa ikan dah laa bagi istilah aku. Masuk sem baru nie aku tak tahu yang aku boleh tak nak capai target mak aku tue. Serius aku rasa berat and payah sangat. Perasaan aku takut macam nak mati jaa bila ingat nak balik u. Banyak lagi barang-barang yang aku tak packing padahal sabtu nie dah nak gerak. Seriously i am not ready. Aku dah tak tahu macam mana nak bagi semangat kat diri aku sendiri. I feel really down. And i hate this kind of feeling. Aku harap aku jumpa penyelesaian masalah aku nie sebelum aku masuk u. 

Tuesday, January 8, 2013

KURSUS (continued)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols. 

Hehe. Setelah sekian lama baru aku teringat yang sepatutnya aku kena update pasal kursus and aiden event macam yang aku janji haritue. Sorry sorry laa nahh. Sebab keterlupaan pulak aku nak story. Hehe. Kursus selama dua hari tue sebenarnya  agak bosan. Mungkin sebab penceramah tue macam cakap sorang-sorang (ampunkan patik yaaa penceramah) dan jugak sebab tempat duduk aku yang jauh terkebelakang tue kot yang membuatkan aku rasa BORED nak mampos. Hehe. Tapi nasib baik jugak laa ada aktivi outdoor kat situ. At least seronok jugak laa daripada dengar penceramah tue bercakap (oke. saiyaa jahat). Hehe. Apa aktiviti yang paling aku tak dapat lupakan dalam kursus nie adalah aktivi menjadikan beberapa jenis tepung kepada doh. Serius DAEBAK !! Hehe. Korea pulak mai sini. Baru aku tahu yang tepung selain daripada tepung gamdum tak boleh buat doh. Yang paling syok sekali main dengan tepung jagung. Hehe. Memang tak boleh blah gilaa syok dia. Kalau korang nak tahu apa jadi try laa buat doh guna tepung jagung. Cair macam aiskrim punyaa laa tepung korang tue. Oke. Aku nak tempek dua tiga gambar laaa waktu kat sana.



main tepung jagung. tak boleh jadi doh


lagiii :)


kuning tepung gandum merah tepung ubi. hijau tepung jagung


hari nie kita belajar uli tepung yee adik-adik hehe


payah nak buat doh gilaaa.


warna kuning jadi doh dahh.


tengok apa jadi kat tepung merah tue.


nak try jugak buat dohh. org kata tak bolehh


cair macam eskrem dah.


setelah 'dipaksa' baru jadi macam nie





nie laa hasilnya


dan lagiii.

nie antara geng kumpulan aku.


kumpulan akuuu


aku dan kumpulan


lagiiiii :)


tengah presentation :)


sempat senyum2

So inilah semua yang aku lalui sepanjang kursus nie dijalankan. Semoga terhibur laa dengan entry aku kali nie. Oyeahhhhh. 

SUAMI AKU USTAZ :)

Assalamualaikum n hye hye to uols.

Opsss. Nie sebenarnya tajuk novel oke. Tak ada kena mengena dengan aku pun. Actually, aku dah hampir nak khatam baca novel nie. And aku nak suggestkan dekat korang untuk baca novel nie. Serius menarik sangat. Ada satu part tue aku baca sampai gelak guling-guling. Dah macam tenggiling gamaknya. Hehe. Selain korang enjoy baca novel nie, korang jugak dapat laa bermuhasabah diri. Kenapa?. Yang tue aku nak korang baca dulu. Then you will know what I meant. Hehe. Selain daripada tue, korang jugak boleh tambah ilmu pengetahuan pasal kisah Nabi dan para sahabat. Sesungguhnya baru aku bertapa jahilnya aku tentang sejarah agama aku sendiri. Tapi takpa. Selagi hayat dikandung badan aku pasti aku masih boleh ambil tahu. Yelaa. As we know, menuntut ilmu kan sehingga ke liang lahat. Mungkin aku perlu banyakkan bacaan or boleh cari dekat internet jaa as aku nie kan gila online. Hehe.  SEE !!. As I said just now. Ini laa yang aku maksudkan dengan muhasabah diri tue. Okeyy. Dah terbagi tahu pulak. Hehe. Pape punn, try laaa read this novel. I'm sure that you will not regret. 

nie laa novelnyaa. :)

Friday, January 4, 2013

Azam Tahun Baru :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.




Aku tahu aku dah lambat. Tapi aku nk wish jugak. Selamat tahun baru semua. Hehe. Aku busy sangat lately menguruskan taska baru mak aku tue. Haritue aku dah janji kan nak cerita apa azam aku tahun baru nie. Oke. Aku akan share apakah azam aku tahun nie. 

Azam Nurul Atiqah Binti Mohd. Nasarudin 2013:




1. Aku nak turun 5 kilo. Nie laa apa yang aku nak sangat-sangat sekarang nie. Bukannyaa apa. Berat aku sekarang nie memang tak berapa nak ideal pun. So kalau turun 5 kilo at least aku tak ada laa penat sangat nak menampung berat badan aku sekarang nie. Heee. Harap-harap sebelum 2014 menjelma aku dapat laaa apa yang aku hajatkan nie. Kenapa 5 kg jaa? 5 kg tue pun sebenarnya dah cukup susah bagi aku yang kuat makan nie. Kalau dapat turun lebih lagi punn bagus jugak kan. Hehe.

2. Aku nak dapat pointer at least 3.3. Macam lemah sangat jaa target aku. As sebelum nie aku dah lalui sem 1 and aku dah taw bertapa susahnya nak dapat pointer even 3.0 tue. Plus aku nie memang style suka banyak main sangat. So aku pun target banyak nie je laa. Harap laa impian aku tercapai. Hehe.


3. Aku nak jadi muslimah yang lebih baik. Aku rasa benda nie ramai orang yang idamkan. Tapi benda nie laa yang sebenarnya susah sangat orang nak buat (aku pun sama laa). Ye laa. Bila hidup dalam zaman globalisasi nie macam-macam laa dugaan yang kita kena hadapi. Hehe. Ayat aku macam nak buat karangan bahasa Melayu pulak. 



4. Aku tak nak COUPLE. Tahun lepas aku boleh jalani kehidupan aku tanpa couple. So aku harap ALLAH akan kuatkan iman aku daripada benda macam nie untuk tahun nie. Aku nie pun manusia biasa. Yang nak ada perasaan untuk disayang dan menyayangi. Tapi aku harap aku takkan terjerumus lagi dengan alam couple bagai nie. Serik? Mungkin laaa. Mungkin jugak sebab ALLAH nak bagi tahu aku yang aku akan jumpak orang yang lagi baik. So tak payah laa aku nak susah-susah mencari masa nie. Hehe. Ayat aku macam orang kecewa nak mampos pulak.

5. Aku nak jadi seorang yang rajin. Aku memang malas pun. Aku mengaku semua tue. So tahun nie nak buat satu anjakan paradigma. Wahh. Ada style tak ayat aku tue? Oke. Sila gelak guling-guling. Tak salah kalau kita ada niat kan nak merubah diri menjadi yang lebih baik. Walaupun benda tue susah tapi kalau kita niat dengan hati yang ikhlas mesti kita boleh buat kan? Ayat motivasi tuee. Sapa yang nak bagi free. Hehe.




6. Aku nak beli xperia go. Opsss. Benda nie pun termasuk ke dalam aku punya azam? Hehe. Aku memang dah lama berkenan dengan phone nie. Harap laa impian aku tercapai nak memiliki handphone nie tahun 2013 nie. Kena bajet laa duit perbelanjaan aku jawabnya.

Jadi nie laa azam aku bagi tahun baru nie. Semoga tercapai laa segala impian dan harapan aku. Aku letak nak turun berat badan yang first sebab benda nie laa yang paling aku nak sangat-sangat bila munculnya 2013 dalam hidup aku. Doakan aku supaya aku dapat apa yang aku nak. Aminn. Hehe.
Starry Sun