Followers

Sunday, December 30, 2012

UPDATE SIKIT

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.

Hari nie aku nak tulis sikit sahaja memandangkan aku terlalu mengantuk akibat daripada tidur lewat semalam. Aku jalani kehidupan aku hari ini dengan penuh rasa sleepy tahap nak mampus. Kalau cikgu Bahasa Malaysia baca blog aku nie confirm dia bagi A dengung kat aku. Haha. Hari nie aku pergi tolong-tolong dekat Taska sekejap jaa. Sebab ada pekerja baru yang tak biasa kerja lagi kat situ. Dorang tue aku tak tahu laa apa aku nak komen sebab masih baru. Tapi memang banyak lagi yang patut dorang tahu. Tu jaa komen aku. Diorang sebaya dengan aku. Tapi aku tak tahu laa apa sebab aku tengok dorang macam awkward ja dengan aku. Mungkin sebab masih baru so tak berapa boleh ngam sangat. Esok aku kena start kerja dengan salah sorang daripada 2 orang tue kat Taska baru. Oke tutup cerita pasal Taska. By the way, tadi aku pergi laa tengok wayang. Cerita Kahwin 5.

nie laa coritonyooo.


 Cerita nie memang genre 18 betul laa.  Bahasa yang digunakan memang buat aku aku geli geleman laa. Dah laa barisan yang aku duduk tue ada tiga orang jaa. Tue pun selang sebelah kerusi dari aku tue lelaki. Hanya tuhan jee yang tahu bertapa malunyaa aku tengok cerita tue dengan lelaki ada sebelah. Walaupun tak berapa nak sebelah sangat. Jarak satu kerusi jaa pun. Aku pulak tengok sorang-sorang jee cerita tue. Lagi laa tambah segan nak mati. Fuhhh. Kenapa aku tengok sorang-sorang.? Nie sebenarnya dah jadi hobi aku kot. Nak buat macam mana ? Aku nak tengok wayang sangat-sangat tapi tak ada kawan. So kena laa pergi tengok sorang-sorang. Heee. Memang dah lama dah aku buat kerja tue. Aku sampai giant kulim tadi pukul 3.45 laa. And showtime untuk cerita tue pukul 3.30. So aku pun beli laa tiket pukul 5.15 memandangkan dah 15 minit aku skip untuk beli tiket pukul 3.30 tue. So sebelum cerita tue start aku punn pergi laa meronda dalam giant. Dekat sejam jugak laa aku meronda. Pukul 5 aku pergi surau. Sembahyang siap-siap tak kalut. Hehe. Oke. mata aku seriously mintak tuan dia untuk tidur. So good nite laa eakk. 
Starry Sun