Followers

Monday, December 31, 2012

THE LAST DAY IN 2012 :'(

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.

Hari nie merupakan hari terakhir dalam tahun 2012 nie. Sangat banyak kenangan pahit manis yang aku lalui sepanjang tahun nie. Banyak benda baru yang aku belajar daripada tahun nie. Ada perubahan yang baik dan ada jugak perubahan yang tak baik jadi sepanjang tahun nie. Seriously, aku akan rindu tahun yang penuh makna nie. Aku lupa pulak yang 28.12 haritue genap setahun aku menjadi single. Sesungguhnya kehidupan single nie lebih menarik daripada kehidupan bercinta. Andainya daripada dulu lagi aku sedar benda nie semua?. Alangkah bagusnya. Tapi apa yang jadi semua atas kehendak aku sendiri kan?. Hehe. Buat jiwang pulak aku kat sini. Bukan apa terlalu banyak memori aku untuk tahun nie. Memori yang indah aku rasa banyak jugak. So aku sedih sangat nak meninggalkan tahun nie. Tapi apa nak buat. Kehidupan tetap perlu diteruskan. Esok Kedah tak cuti sempena tahun baru jadi dengan segala hormatnya aku berkerja jugak esok hari di Taska baru mak aku. Tadi aku lukis gambar Mickey Mouse dekat Taska mak aku tue.And not bad laa jugak. Kira tahap oke laa bagi tangan yang tak kreatif macam aku nie. Hehe. Tapi malangnya muka mickey mouse aku jadi gelap laa pulak. Adoiiii. Nak buat macam mana. Warna coklat tue bila aku campur dengan putih dia boleh pulak jadi warna pink. OMG!. So aku pun terpaksa guna terangkan warna coklat tue supaya tak nampak pink nyaa tue. And ini lah hasilnya.

sorry yaa cik mickey.


Hodoh kan?. Heee. Hurmmm. Bila nak start tahun baru nie. Pusat membeli-belah mesti ramai orang. Yelahh. Nak beli baju sekolah laa and macam-macam lagi. Tiba-tiba rindu zaman sekolah pulak. Heee. Kalu tidak hari nie memang kena balik asrama dah laa jawabnya. Tapi bila sebut jaa asrama memng aku rasa berat hati gila nak balik. Huaaa. Macam nak jerit je bagi satu dunia dengar yang aku tak nak balik hostel. Hahaha. Itu semua hanya tinggal kenangan yang pahit dan manis jaa. Sekarang aku dah jadi seorang mahasiswi. So no more school.Sekarang nie bila nak balik u pulak rasa macam berat hati. Tapi tak laa seberat hati aku macam nak balik sekolah dulu. Mungkin sebab dekat universiti nie boleh bawak alat elektronik. So tak dak laa bored tahap nak mampos sangat kan.? Heeee. Bercakap pasal tahun baru nie sebenarnya banyak sangat azam aku. Tapi aku tak nak mention lagi apa azam aku sekarang nie. Kalau panjang umur esok aku akan tulis apa azam tahun baru aku nie. So patik mohon undur diri dulu yaaa. Maafkan kesilapan aku sepanjang tahun nie. Semoga tahun depan menjadi lebih baik daripada tahun nie. Selamat tinggal tahun 2012. 


*menangis*  

Sunday, December 30, 2012

UPDATE SIKIT

Assalamualaikum n hye hye hye to uols.

Hari nie aku nak tulis sikit sahaja memandangkan aku terlalu mengantuk akibat daripada tidur lewat semalam. Aku jalani kehidupan aku hari ini dengan penuh rasa sleepy tahap nak mampus. Kalau cikgu Bahasa Malaysia baca blog aku nie confirm dia bagi A dengung kat aku. Haha. Hari nie aku pergi tolong-tolong dekat Taska sekejap jaa. Sebab ada pekerja baru yang tak biasa kerja lagi kat situ. Dorang tue aku tak tahu laa apa aku nak komen sebab masih baru. Tapi memang banyak lagi yang patut dorang tahu. Tu jaa komen aku. Diorang sebaya dengan aku. Tapi aku tak tahu laa apa sebab aku tengok dorang macam awkward ja dengan aku. Mungkin sebab masih baru so tak berapa boleh ngam sangat. Esok aku kena start kerja dengan salah sorang daripada 2 orang tue kat Taska baru. Oke tutup cerita pasal Taska. By the way, tadi aku pergi laa tengok wayang. Cerita Kahwin 5.

nie laa coritonyooo.


 Cerita nie memang genre 18 betul laa.  Bahasa yang digunakan memang buat aku aku geli geleman laa. Dah laa barisan yang aku duduk tue ada tiga orang jaa. Tue pun selang sebelah kerusi dari aku tue lelaki. Hanya tuhan jee yang tahu bertapa malunyaa aku tengok cerita tue dengan lelaki ada sebelah. Walaupun tak berapa nak sebelah sangat. Jarak satu kerusi jaa pun. Aku pulak tengok sorang-sorang jee cerita tue. Lagi laa tambah segan nak mati. Fuhhh. Kenapa aku tengok sorang-sorang.? Nie sebenarnya dah jadi hobi aku kot. Nak buat macam mana ? Aku nak tengok wayang sangat-sangat tapi tak ada kawan. So kena laa pergi tengok sorang-sorang. Heee. Memang dah lama dah aku buat kerja tue. Aku sampai giant kulim tadi pukul 3.45 laa. And showtime untuk cerita tue pukul 3.30. So aku pun beli laa tiket pukul 5.15 memandangkan dah 15 minit aku skip untuk beli tiket pukul 3.30 tue. So sebelum cerita tue start aku punn pergi laa meronda dalam giant. Dekat sejam jugak laa aku meronda. Pukul 5 aku pergi surau. Sembahyang siap-siap tak kalut. Hehe. Oke. mata aku seriously mintak tuan dia untuk tidur. So good nite laa eakk. 

Saturday, December 29, 2012

MEDAN I'M COMING

Assalamualaikum n hye hye to uols.

Baru-baru nie aku pergi ke Medan with my parents. Tujuan kami pergi sana sebab nak pergi kenduri family ayah aku kat sana. Kalau nak cerita pasal salahsilah family aku yang dekat sana tue memang sampai esok pun tak habis laa. So aku akan straight to the point jee laa nahh. Aku pergi bercuti dekat sana 7 hari or sinonim as seminggu. Wahhh. Rojak nak mampus bahasa aku. Oke. Abaikan. Heee. Mula-mula aku ingatkan aku dengan parents aku je yang datang. Tetiba nampak Pakcak aku pun datang jugak. Dengan anak lelaki dia yang dipanggil Ari tue. Actually tue laa pertama kalinya aku taw nama dia Ari. Wahhhh. Teruk kan? Tapi nak buat macam mana. Seperti yang semua umat manusia tahu. Aku nie bukan jenis yang friendly and cepat kenal orang sangat-sangat. Memang teruk gilaa kan? Tapi that is the fact about me.  Payah sangat nak cam orang. Kadang-kadang bila orang tunjuk aku tengok muka then lepas beberapa saat diorang cakap balik about that person. Tuppp. Aku akan tanya balik 'Yang mana satu nie?'. Haha. Bila pikir bertapa bluurrrnya diri aku nie kadang-kadang buat aku nak tergelak pulak. Oke. Jauh bebenor aku melencong. Dekat sana aku duduk dekat rumah tok ngah aku. Dia nie katogeri orang berada laa. Rumah dia memang besar laaa. Hari ketiga tue kami pun gerak laa pergi rumah kenduri. Sebelum sampai rumah kenduri tue kami singgah dekat Danau Toba. Subhannallah. Memang cantik ALLAH jadikan tempat tue.Nie laa gambar aku waktu kat Danau Toba tue.

aku tak kenal depa nie. sekian. hee


nie laa sepupu aku Ari and pakchak aku. 


aku bersama budak-budak riang


candid sobonanyo pic nie.


main air


macam bagi makan ikan jaa aku kan?


Onni dan Fattah


ayah aku. Encik Nasarudin dengan budak kecik


hijau hijau hijau


aku dan Onni


PEACE

Nie laa antara pic aku dekat Danau Toba tue. Lepas tue kami pun bergerak la pergi Batu Bara. Kami sampai sana berapa pagi aku pun tak pasti laa. Sebab aku terlalu mengantuk so aku pun terus tidur laa. Jam dekat sana beza satu jam dengan jam Malaysia. Tapi waktu solat dekat sana ikut macam waktu solat dekat Malaysia. Kalau zohor dalam pukul 1.30 macam tue dekat Malaysia, dekat sana pukul 12.30 macam tue laa waktu zohor kat sana. 

Adat perkahwinan dekat sana macam adat perkahwinan zaman mak aku muda dulu-dulu. Mak aku laa yang cakap. Aku bukan wujud lagipun zaman mak aku kecik-kecik dulu. Part yang aku rasa menarik sangat-sangat tue waktu dorang makan beradab untuk pengantin. Memang lawak gila laa. Tengok diorang kena berebut capai bunga nie.

yang nie laa buang tue.

nie laa pengantinnya.

nie waktue majlis pernikahan


nie aku bersama anak-anak Toksu ana Toklong


nie laa tempat makan beradap tue.

Heee.Dekat sana jugak ada persembahan keyboard. Ada penyanyi and penari bagai laa. Macam yang aku tahu kalau dulu kita ada persembahan silat untuk pengatin. Macam tue laa dorang jugak. Kenduri diorang habis pukul 12 tengah malam jugak laa. Seriusly memang penat nak mampus even tak buat apa-apa pun. Hari pun berlalu. Kami nak kena balik ke Medan sebab esoknya tue kami nak balik ke Malaysia. Sebelum pergi Medan aku sempat pergi pantai dekat area Batu Bara tue. Aku pun tak ingat apa nama pantai tue. Yang special nyaa nak masuk pantai pun kena bayar. Aku bersyukur jadi rakyat Malaysia.  Hee. Nie laa gambar yang sempat di snap sebelum pulang ke Medan.

dengan Ayu, Ari. Kak Maria and Ilham.


kami lagi

dan lagi

bnyak posing betul kan?

one more time


bertiga


penat berdiri duduk pulak.


bajet jee aku tue


hee


 
baju putih Ilham baju merah tak kenal
baju kelabu tak kenal

ayu yang comel dan suka senyum

lagiiiiii

dan lagiiii

mencari harta karun kaa apa nie?

three girls

two men

depa nak snap aku pun posing je laa. tunggu lagi?

dengan sepupu okeng. 
bertiga mereka.

Oke. Sampai situ je laa nahh cerita aku. Nak tidur dah sebab mata dah terlalu mengantuk. Gnite. 

variety show time :)


Assalamualaikum n hye hye hye to uols...

Hari nie aku terasa nak menaip lagi dan lagi. Hehe. Lama gila tak mengupdate blog aku nie kan. Rindu gila I kat U blog oii. Heee. Aku sekarang memang tengah busy gila. Bukan buat apa sangat pun. Aku busy melayan cerita-cerita Korea jaa. Tue laa kerja aku sekarang yang tengah ‘menanam anggur’ kat rumah nie. Otak aku sekarang nie dah terkena virus Korea laa gamaknya. Sebab tiap-tiap hari benda tue jaa aku dok menghadap. Hee. Tak ada benda lain dah. Aku baru jaa selesai tengok cerita The King 2 Hearts. Serius beb wa cakap sama luu. Cerita tue best sangat. Tapi tak boleh tanding laa cerita Sassy Girl,Chun Hyang.



 Sebab cerita Sassy Girl tue memang dah tersebati dalam jiwa dah. 10 kali ulang pun boleh layan lagi. Berbalik kepada cerita The King 2 Hearts tue, jalan cerita dia menarik laa.



 Sebab banyak konflik sangat-sangat. Tapi serius watak jahat John Mayer tue menjadi sangat-sangat sampai aku rasa macam nak bunuh dia laa. Even dia cuma pelakon jaa. Watak yang paling buat aku sampai meleleh air mata adalah watak Eun Shi Khiung dengan Princess Lee Jae Shin. Sedih siott. Aku memang tak boleh banyang laa kalau aku sendiri jadi macam Princess tue. Mesti hidup aku lagi gila laa. Dah laa abang sendiri mati salah satu factor sebab diri sendiri. Lepas tue kekasih yang dia sayang pun mati kena bunuh dengan John Mayer tue.  Haihh. Memang terseksa gila laa kan. ? Tapi apa pun aku enjoy sangat layan cerita tue. Korang pun boleh juga layan cerita tue. Aku suggest kan je laa. Tak paksa pun. Lagi pun kalau korang tengok cerita tue guna English subtitle korang jugak yang dapat benefit. At least korang boleh dapat word yang baru. Tue laa yang aku rasa aku dapat dari melayan cerita Korea cuti nie. Dapat improve my language. Oke laa tue. Sampai sini je laa kot. Tak taw dah nak kata apa. Heee. 

entri ini ditulis pada 16.12.2012. waktu nie connection broadband aku terminated. so tulis dalam microsoft word jaa. sekian. anyeong. :)
Starry Sun