Followers

Tuesday, July 31, 2012

THE STORY OF OURS :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,

Ya ALLAH. Tuhan je yang taw bertapa rindunyaa aku kat blog aku sekarang nie. Ye laa. Blog aku nie dah macam balak aku kot. Haha. Siot jee ayat tue kan?.  Okelaa. Aku pulun nak cerita sikit laa apa yang jadi kat aku hari nie kan.  Haha. Guess what? Aku tak sahur kott pagi tadi. Satu bilik aku bangun pukul 7 pagi. Gila tak?. Memang dasyat gilaaa laaa. Haha. First time jadi macam nie kott. Aku punn set sajaa jam phone tue tapi tak dengar langsung kot. Adoi. Kurang pahala aku untuk sahur hari niee. Haha. Tapi yang paling best nyaa pasal hari nie ialah. DUIT ELAUN dah masuk. Haha. Memang syok gila laa. 4 hari bulan nie budak sekolah aku buat reunion iftar kat mid. So pagi tue aku plan nak keluar pegi jalan laa. Apa lagi? Haha. Plan nak pegi Masjid India lagi. Haha. And satu lagi benda yang buat aku syok hari ini ialah aku dah daftar wifi n aku boleh jumpak balak aku niee. Haha. Yang tue yang paling best gilaa laa. Sebab aku rindu sangat sangat sangat dah kat blog aku nie kot.  Hee~~.

i miss you a lot my blog :)

Oke. Habis sudah cerita pasal tue. Sekarang nak back to the topic pulak. Haha.Waktu class English tadi kami baca short stories pasal the letter. Cerita dia best la jugak. Ala-ala. cinta terhalang gitu. Haha. Tetiba aku teringat video yang aku buat waktu form 4 dulu dengan beberapa orang member aku. Waktu tue kami dah habis Peperiksaan Akhir Tahun(PAT). So boring-boring plus tak ada kerja kami pun buat laa keje nie.  Haha. Actually kami tangkap je pic nie. Then hari tue baru aku sempat edit bagi jadi video. Haha. Prop yang kami guna untuk menjayakan misi kami nie prob budak-budak kelas Islah yang time tue tengah buat projek rumah. So kami punn pinjam laa sikit barang diorang. Mintak halal laa nuhh sapa punya barang tue. Hehe. Sapa yang terlibat? Meh nak list.

Syathirah
Aini
Haziqah
Mona
Fina
Hijrah
Atiqah(aku laa nie)

Oke. laa. Malas nak cakap panjang lebar. Enjoy laa tengok video yang aku buat nie eah? :)




video

presenting you the story of ours :)

salam puasa daripada:

tyqarblbs yang penat mengupload :)

Wednesday, July 18, 2012

RAMADHAN YANG DINANTI :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,


Oke. Semalam saya admit yang saya tak update blog  tapi saya still tido lambat. Haha. Alahai. Macam siot je ayat aku tue kan?. Haha. Aku bersusah payah lah bersengkang mata sampai pukul 1.30 pagi. Diulangi sampai pukul 1.30 pagi untuk study math sebab hari nie ada quiz but at last............ Quiz ditunda esok pulak. Adoiiii. Kena study lagi laa aku malam nie. Im so sleepy for all the time in this day.

macam nie la aku. haha.

 Tapi tak paa. Perfect practice make perfect rite?. So study je laaa kan. Banyak songeh pulak aku nie. Ngehh ngeh ngeh. Oke. bulan puasa yang penuh barakah tue akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Seronok plus sedih punn ada aku rasa. Ahh sudah !! Apasal pulak dengan aku nie?. Seronok laaa sebab bulan yang mulia tue akan tiba. Sedih tue meby sebab kena tahan diri dari makan kott. ==''.

menahan diri oke. :)


 Memang annoying jaa tue. Haha. Azam aku yang dari berapa kurun yang lalu tue tak pernah tercapai sebelum nie aku harap boleh tercapai laa taun nie. Aku kalau bole nak khatam baca Quran.

RAMADHAN wish :)

 Dah lama aku impikan. Tapi tak pernah terbuat gara-gara sibuk dengan hal dunia. MasyaALLAH. Dasyhat betol aku kan?. Haha. Taun lepas banyak juzuk jugak laa aku sempat habis kan. Harap tahun nie menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnyaa. Haha. Aminn. :).   Oke laaa kott. Sampai sini jaa leteran aku untuk hari ini.  Syok laa tue dengar aku berletiaq sikit hari nie. ==''. Haha. Daa. 


salam 2 hari lagi nak RAMADHAN daripada:

tyqarblbs yang ternanti-nanti :)

Monday, July 16, 2012

PESANAN BUAT KEKASIH :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,

Title aku hari ini macam nak cerita pasal cinta jee kan? Haha. Tade laa. Nie tajuk sebuah lagu yang dah lama aku nak cari. Actually malam nie bilik aku riuh dengan lagu-lagu jiwang. Aku pun join sekaki jugak laa meng'SUMBANG'kan suara  menyanyi lagu-lagu jiwang nie since aku punn dah lama tak dengar lagu-lagu jiwang nie. Haha. Bengong je kan?. 

haha. mmg macam sumbang gila jaa kan?

Budak bilik aku semua gila-gila dan satu kepala. So memang syok laa malam nie. Haha. Meh nak tunjuk kat korang semua aku lirik lagu yang aku tercari-cari tajuknya dulu tue. :)   Lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan SPRING. Best ouhhh lirik dia. Try laa hayati yee. :)

Spring

Pesanan Buat Kekasih 

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

( * )
Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

( chorus )
Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

( ulang * )

( ulang dari chorus )

Oke laa. Sampai sini je laa yang aku nak coretkan untuk hari ini.  Daa n selamat tidor. zzzzz.

salam nyanyi daripada:

tyqarblbs suara tak sedap :)

Sunday, July 15, 2012

MY BROTHER N ME :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,


Tetiba jaa hari ini aku rasa miss gila gila gila kat abang-abang aku. Haha. So hari nie update aku nak update blog pasal abang-abang aku yang hensem, bergaya, loving, caring and macam-macam lagi laaa. Haha. Korang nak tahu satu rahsia tak pasal adik-beradik aku? Haha. Bukan rahsia besar sangat punn. Actually dalam family aku nie, siapa yang jadi anak yang ganjil maka dia kurus or keding. Kalau anak yang genap maka dia agak berisi. Haha. Siot jee kan? Sebelum tue. Aku nak cerita laa. Aku ada 4 adik beradik dan 3 orang abang.  So aku laa yang bongsu. Adik termanja gitu. Manja laa sangat kan?. Heee. Do I love my brother? Yes I do. Of course la kan? Dah darah daging sendiri. Tak kan tak sayang kott. :).  Air dicincang tak akan putus kan? Wahhhhh. Sekali lagi aku berfalsafah nampak nyaa. :)  Annoying jaa kan? Heee. Oke laa. Berbalik kepada rahsia yang tak berapa nak rahsia tadi korang semua percaya tak?. Tak? Meh nak bukti kan kat korang semua. 

haha. Abang along aku. kurus kan?

yang nie abang angah aku. berisi sket laa. heee.

nei laa abang acik aku. kurus kan?

nie adik dorang yang paling last tue aka aku laa.gemok kan?

Haha. Dah terbukti kan? So nak percaya tak sekarang nie? Mohon percaya laa nahh. Hee. Wahhh. Rindu tahap dewa dah nie kat abang aku. Tak sabar nak tunggu raya nie. Bole gather semua sekali. Hehe. Abang yang first and second tue dah married oke. Yang still single abang yang ketiga. Dia tue laa pelajar UPNM. Untung laa. Haha. Aku dah jadi maksu sebenarnya. Dah ada 3 orang anak saudara. Wahhhh. Nak tengok tak pic mereka? Jap nak tunjuk.


nie laa Putri Nur Alisha. 

nie pulak Raisya Dayana. Comel kan?

nie sorang je laki. Adi Putra Rayyan. :)  comel laaaa.

Haha. So sampai sini je laa kisah yang aku nak cerita pasal my beloved brother. I love them so much. :).



salam rindu daripada:

tyqarblbs loves her brothers :)


Saturday, July 14, 2012

TIMES SQUARE AGAIN :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,


Oke. Sekali lagi aku jalan-jalan di  Times Square. Best gilak kott. Haha. Outing with two gorgeous and hot girls. Haha. Sebab semalam aku tido lewat gila-gila sebab aku skype dengan syat. I miss you Norsyathirah Mad Shoib :). Maka aku punn bangun agak lewat laa pagi tadi. Lepas jaa solat aku terus tido balik then bangun pulak pukul 10 pagi. OMG! Haha. Terok betol kan? Dah tue nak buat macam mana? Tido lambat sangat kan? Haha. Aku bangun then terus mandi. N bersiap. Time aku tengah nak pakai eyeliner tetiba jaa roomates aku tanya nak make up tak? Wahhh. Ibarat bulan jatuh ke riba jaaa. Berfalsafah pulak laa aku nie. Aku straight to the point jerit nak nak. Haha. So hari ni first time laa aku keluar pakai blusher n  mascara. Haha. Aku selalunyaa tak penah punn make-up sangat-sangat niee. Tapi since roomates aku offer aku punn terima je laa kan. Haha. Lepas dah siap apa lagi? Keluar laaa.  Meh nak tunjuk pic dalam bus tadi. :)


haha comell

aku dok cakap nan mem ak laa tym nie.

kami roomates :)

we in the pink :)

Haha. Siot jaa muka aku tue. Abaikan laa nohh kalau tak cantik .:)  First time jugak aku buat gaya tudung Dian Pelangi. Haha. Comel tak? Perasan laa pulak. Alamak aiyyy. Haha.Sekali sekala apa salahnyaa kan? Siapa laa nak puji diri kita kalau kita tak puji diri kita sendiri kan? Haha. Poyo je laaaa. Then macam biasa kami naik KTM pegi KL Sentral laa. Sampai KL Sentral kami berjalan laaa pergi Stesen LRT tue. Pastu naik LRT pergi  Times Square. Haha. Firstly kami pegi makan KFC. Actually aku nie tengah kempunan gila nak makan McD. Tapi dah dorang semua tak maw makan McD n just nak makan KFC so aku punn follow je laaa kan?. Huh. Tak lepas kempunan aku nak makan McD. Sobsobsob. Sedih jaa aku rasa. Haha. Pulun gila jaa kan? Macam laa tak jumpak dah McD tue kat dunia nie. Unless laa kalau ajal dah sampai kan? Haha. Waktu aku jalan-jalan kat Times Square tue jumpak la pulak member-member aku yang buat reunion kecil kat situ. Haha. Tapi semua lelaki laa. Farid,Ganu, Long, Ikram, Mizan, Farhan n Hanif. Kalau ada yang len aku tak mention tu memang laa aku tak ingat. Haha. Sory laa nohh. :) Jumpak dorang punn sekejap jee kott. Haha. Kami pergi tengok wayang jugak kott. Cerita Ice Age 4. Aku memamng kureng sikit bab cerita katun nie.  But hurmmmmm. Layan je laa. Haha.Tapi best kott. Aku gelak terbahak-bahak laa jugak dalam panggung tue. Aku nak jee gelak guling-guling kat situ. Tapi dalam panggung jee kan? Kecik je laa space dia tue. Haha.Lepas abes tengok cerita tue kami punn jalan-jalan laa sekitar Times Square tue.  Nak tengok Pic kami? Jom kita usha :)
  

muka aku memamg taley blah !

saya suka cara saya. :)


OMG ! :)


three of us :)

Bising kott time nie :S


maya comel dia kata. haha.memang pun :)

ini laa miss maya kita :)

aku dengan si maya :P


maya lagi bersama aku

peace yo !!

si comel nie tyqarblbs :) perasaan jaa

Haha. Abes bejalan kat Times Square pergi pulak laa kat Low Yatt. Saja nak jamu mata tengok gadjet kat situ kan?. Haha. Best gilak kott. Selesai mencuci mata kami punn pulang laa ke sarang kembali. Haha. Macam ayam laaa pulak kan? Heee. 

asal laa budak nie comel gila?


Oke sampai situ jee laa cerita aku. Outing yang agak awesome pluss dapat tengok benda yang murah pluss cantik-cantik. Haha. Sekian dulu kemerapuan saya pada hari ine. Haha. Daaa. :)

salam Times Square daripada :

tyqarblbs penat berjalan. :) 


Thursday, July 12, 2012

TUTORIAL ? ERGHH.

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,


Oke. Sekarang jam dah pukul 12 lebih. Maknanya hanya beberapa jam sahaja lagi aku akan ada tutorial test. Adoiii. Malasnyaa la aku. Yelaaa. Kalau kat Kedah Memang hari Jumaat hari cuti. So bila duduk kat sini setiap hari Jumaat aku merasakan bahawa aku cuma kena pegi kelas ganti. Haha. Poyo jeee kan?. Esok tutorial Mathematics. Adoiii. Mati laa aku kalau tak dapat jawab soalan semua tue. Huh. Macam tak ready apa-apa jaa lagi untuk esok. Huh. Tadi aku buat quiz physics. Habis sudah satu ujian. Soalan dia boleh laa dikatakan senang. Tapi sebab bahagian yang senang tue aku tak terlalu fokuskan sangat. Maka soalan tue menjadi susah la pulak. Adoiiii. Harap laa masih boleh blah lagi laa markah aku nanti. Hua hua. Sebenarnya ikutkan hati nak je laa aku cerita pasal kisah member aku yang baru clash dengan buah hati dia.

sedihnyaa :'(

 But since i promised myself that i will not allowed myself to talk about love in my blog so i just forget about that unless i'm ready to share my story to make people take it as advice. Why i don't want to share about loving someone in my blog?. Because for me there are many benefit things that we can share  to all of the readers besides sharing the love story. Aku pun ada jugak cerita aku tersendiri. 

biaq aku jaa taw. :)

Tapi biar lah semuanya menjadi kenagan sahaja. Haha. Buat jiwang pulak aku pagi-pagi buta nie. Yelaaa. Orang semua sudah dibuai mimpi. Aku jee yang dok busy update blog nie. Haha. Oke laa. Time to sleep. Esok ada kelas pukul 8 pagi kot. Nite to uols :)

salam sayang daripada:

tyqarblbs jiwang sekejap. haha :)

Wednesday, July 11, 2012

QUIZ PHYSICS ? CUAK LA PULAK :|

Assalamualaikun n hye hye hye to uols,


Pada waktu ini jam sudah menunjukan pukul 2.15 pagi. N i still not sleep. Haha. Macam nak buat cerita suspens pulak ayat first aku tue. Bengong jaa kan? Haha. Actualy tadi aku  study physics. Ye laa. Esok Aku ada quiz. Memang cuakkkkkkkkkk gila ak sekarang nie. Takut laa tak bole jawab esok. Huhu. Doakan aku eah.  Heee. ~~  Hurm. Oye. Aku nak berkongsi cerita pasal kelas arab aku yang paling tersuperb hari nie. Haha. Superb la sangat. N sebelum terlupa kelas arab kami telah didatangi oleh seorang jejaka yang tak tahu laa dari mana menggantikan seorang lagi jejaka yang telah berhijrah ke INTEC. (saja gedik nak cerita. takdak apa punn yang bestnyaa. haha ). Macam kesian la pulak kat dia sebab menjadi satu-satunya jejaka dalam kelas arab kami (bersedialah nak kena buli dengan kami. haha) Tapi seronok sangat sebenarnya belajar arab hari nie. Guess what? Kami main BINGO. !.  Syok nyaaaaa. Haha. Tapi versi BAHASA ARAB laa. Nak tahu macam mana nak main BINGO? Oke. Meh sini nak bagi tau. Baca betol-betol taw. Hehe.


colum dan garis lurus macam nie ya. :)


1. Buat colum *5x5
2. Lepas tue tulis *no dalam kotak-kotak yang telah dibuat secara suka hati. 
3. Tulis perkataan BINGO di atas or dimana-mana sahaja sekeliling petak colum yang telah anda buat.
4. Lepas tue tunggu apa lagi? Main laa bersama rakan-rakan anda. Haha. 
5. Setiap orang perlu menyebut no yang mereka mahu. (kalau nak main dalam versi arab sebut no dalam bahasa arab taw. ngee)
6. Siapa yang berjaya mendapatkan 5 *garisan lurus  jerit laa Aiywah(BINGO bahasa araab laa) ataupun jerit je BINGO. hehe.

P/S: * bermaksud seperti rajah diatas. :)

 Enjoy sangat kelas tue. Tapi yang buat aku paling sedih ialah aku tak sempat nak menang pun (jangan cita kat orang taw. haha). Classmate aku yang nama Khaira tue jee yang asyik menang. Tensyen doe. Huhhh. Oke lahh. Sampai di sini sahaja laa kot nohh. Hee.Cek nak selamat berdreaming dulu. Goodnite/ good morning. haha.

salam selamat pagi daripada:

tyqarblbs dah mengantuk :o 

Tuesday, July 10, 2012

JOM TAMBAH GENG BLOG :)


Klik banner untuk join 


Simple sangat, just buat satu entry, follow Encik Zaharin dan ikut syarat-syarat yang beliau sertakan dalam entry di blog beliau tu. Dah siap :)

Siapa yang bertuah tu adalah hadiah istimewanya. Nak tahu? 

HADIAH UTAMA: Wang tunai RM200
HADIAH ISTIMEWA: Wang tunai RM50 untuk follower ke-500

Aku nak tag mona and sherah eira. :)



Saja-saja :)

wednesday is like SARDIN =='

Assalamualaikum n hye hye hye to uols :)


Hola! Haha. Title ak tak bole blah jaa kan? But that's the true acctually.  Memang setiap hari rabu jadual ak full macam office hour jaa. Dari pukul 8 pagi sampai la 6 petang. Huh. Penatnyaaaaaa. Tengok jadual punn ak dah rasa penat. Hurm. Haha. Actually hari nie chek nak cerita pasai chek pi pasar malam tadi. Hehe. Loghat Kedah sikit. Dah rindu sangat kan. Huuuu. Tadi ak dengan member ak pergi pasar malam yang ada dekat dengan CFSIIUM nie. Perghhhhh. As ak kan suka makanan. So memang teruja gila laa bila ak dapat tengok makanan yang banyak ada depan mata aku. Haha. Siot jeee kan? Macam-macam ada kott. Tapi aku beli koey teow, kek dengan cendol jaa.

nyam-nyam sedapnyaa hehe..

lebih kurang macam nie jugak la kek tue.

teringat kat member ak pulak :)

 Tue punn dah nak pecah sudehh perot aku nie makan sume tue. Lepas jugak kempunan aku yang tiba-tiba rasa nak makan kek nie. Hua hua hua. Poyo jaaa kan? Selain makanan banyak jugak tudung-tudung yang jual kat situ. Tetiba jaa ak rasa tak sabar-sabar nak tunggu 28 Julai nie. Kenapa? Sebab hari tue laa ak nak pergi shopping dekat Masjid India puas-puas dan sepuas-puasnyaaaaa. Hahaha. Nak beli semua benda yang ak rasa nak beli. N guess what.? Ak dah bajet RM100 untuk belanja shopping kat sana.

heeeee ~~ :)

 Banyak tak?. Biasa laaa as perempuan kan memang suka bab shopping-shopping nie. Aku punn salah seorang perempuan yang gilaa shopping. Haha. Sukaaanyaaaa. Like like like. :). Oke laaa. Setakat nie jaa la cerita aku untuk kali ini.  Lets study to achieve your target. Haha. Ayat akuu gila tak bole blah jeee kan?.

salam sayang daripada:
tyqarblbs mahu study :) 

Monday, July 9, 2012

quiz and tutorial ==''

Assalamualaikum n hye hye hye to uols,


Helo ! Terasa lama pulak aku tak update blog terchenta ak nie. Walaupunn baru ja beberapa hari sebenarnya ==''. Tapi still ak rasa rindu dengan blog ak nie :)). Dah nama punn blog terchentakan. Mesti nak kena jumpa tiap-tiap hari :).  Actually title ak tue sepatutnya minggu yang serabut dengan tutorial n quiz.

nampak sangat memang serabut kan?

 Tapi sebab panjang sangat so ak punn singkatkan title ak jdi macam tue je la. :) . Minggu nie laa nak ada quiz physics bagai.

tuto|tuto|tuto

 Tutorial mathematics punn minggu nie jugak laa nak ada punn. Serabut laa sangat kan? ngeeee~~. Nasib baik laa quiz mathematics tangguh minggu depan. So banyak la sikit masa ak nak prepare untuk quiz tue kan? >< hehe. (Nampak sangat ak suka tangguh kerja yaa di situ ==''). Tapi ak bersyukur sangat sangat sangat sangat la sebab ak dah semakin paham physic yang selalu buat ak sakit kepala dulu tue. Alhamdulilah :)))). Walaupunn tak sume ak paham but at least i know how to solve the several question rite?. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit . Ye dak ?. Haha. A big thanks for those who always give me support for my studies.

:)

THANK YOU/KAMSAHAMNIDA/SYUKRAN/TERIMA KASIH laa untuk kawan-kawan,parents,lecture n semua yang terlibat secara langsung mahupunn tidak langsung dalam memberi ak sokongan untuk terus bertahan dengan apa yang ak belajar. :))). Haha. Hurm. Tetiba rasa sedih pulak. (tetiba jaa aku nie kan? ==''') Kenapa sedih? Hari ahad hri tue abang ak ajak date tengok cite spiderman. Tapi malangnya aku tak bole ikot. Huwaaaa. Aku nak kena study sebb ak memang tak study langsung dari hari jumaat malam tue. Pulak tue minggu nie ada quiz physics and tutorial mathematics pulak. Lagi laaa ak tak bole kuar. Apa yang sedih sangatnyaa? Huwaaaaaaaa. Sedih laa sebab abang ak minggu nie je la minggu last dia belajar kat UPNM tue. Lepas nie kalau dia still sambung jadi NAVY lagi dia kena stay Lumut pulak laa. Huwaaaa. Sedih sangat bila ak tak bole kuar nan dia since dia laa paling dekat dengan aku sekarang nie. Sedih tak cita ak.? Haha. Poyo je kan aku nie? Esok dia balik Kulim dah. JELES la satt. Haha. Siot je kan? Hurm. setakat nie je laa penulisan aku pada hari ini. :). Aku nak struggle untuk subjek yang paling aku cintai iaitu MR MATH  . Haha.


salam quiz dan tuto daripada:

tyqarblbs struggling for tuto n quiz :) 

Friday, July 6, 2012

First Day Fasting at CFSIIUM :)

Assalamualaikum n hye hye hye to uolss ,

Oke. Today i want to share with uols the story about my first day fasting at CFSIIUM. haha. Mesti korang pelik kenapa aku guna large font kali nie. Actually, ada laa sorg hmba ALLAH nie give me a comment to make my blog more interesting. haha.  He asked me to make the large font for my blog so that all the readers will be more interested to read my blog. Thanks friend sebab bagi aku komen yg membina macam tue. haha. Hari nie aku saja nak guna bahasa rojak bm dan bi. Pluss plak aku bru jaa habis english class tadi. Lecture ak plak bagi denda for each another words besides english  you must pay 10 cent. haha. Tue yg ak punn dah nak berspeaking-speaking cket tue. Oke. Back to main point. Ak nak cita laa psal first day fasting kt sini. Ak puasa sunat nisfu Syaaban semalam. Disebabkan dah lama ak tak berpuasa so ak punn mmg lemah tahap nak mampos laa semalam. Ak jugak tak bersahur pagi tue. Style tak? haha. Ak dah set alarm  plus dah terjaga dah punn. Tapi ak tak taw laa knapa ak pegi tutup alarm tue then continue my dream. haha. Siot je kan?. Then bila ak sedar dah 6.30 a.m. Pergh. Terlepas sudehh waktu sahur. So at that day mmg ak penat tahap nak gila laa. Kenapa ak cakap macam tue? Hah. Nie la yang ak nak cerita sekarang nie. haha. Aku nie bila dah lama tak puasa then tiba-tiba puasa memang macam sotong laa ak. Lembik + tak bermaya bagai laaa. haha. Dasyhat tak?. Tapi aku rasa aku agak bernasib baik jugak laa sebab hari tue kelas ak ada dua jaa. (tapi dua punn macam nak pengsan jaa. haha) Dari pukul 11 pagi sampai 1 n dari pukul 2 sampai 4. Tak dak laa pack mcm sardin sangat. Kalau packed sangat memang ak betol-betol pengsan teros laa hari tue. Lepas solat subuh ak teros tido blek sampai laa pkul 9.45. haha. Lmbat gila ak bngun. Bukan apa. At least tak laa rasa pnat berpuasa tue sangat. heee. Then lepas bangun ak punn teros laa bersiap nak pegi class. Jalan ak nak pegi class ak kt smawp tue lebih senang guna jalan zc. Bila lalu jalan tue mesti akan jmpak cafe zc punya laa.Ya Allah. Kuatkan laah iman hamba-MU ini. haha. Sedap gila bau makanan. Tergugat jugak la iman ak waktu tue. haha. In the class pulak sejuk gaban wehh. Tak bole tahan aku. Tataw apasal ttiba jaa sejuk semacam smawp tue. haha. Disebabkan terlalu sejuk ak punn tak bole la nak bagi full of my attention in that class. Nasib baik laa class math. Bagi ak kalau math nie ak rasa ak boleh go on lagi dari physic tue. (ayat ak bajet kan?). Klau class physic time tue mmg bengong laa ak jawabnya. haha. Dah habis class tue ada la classmate ak ajak pegi cop course outline tue sebab tarikh tutup nak cop tue 6 hari bulan. So better pegi awal la kan? Walaupunn time tue aku memang macam orang nak pengsan jaa. Satu lagi ujian ak bila kertas course outline tue tertinggal dalam bilik ak. So ak berjalan la balik mahallah sebab nak amek course outline tue. :( Sampai je bilik mmg ak rasa macam nak pitam gila. Ta larat sangat. Tapi sebab ak janji dengan classmate ak tue ak punn gagah jugak laa pegi science department. Sampai je sana tiba-tiba tutp sbb time rehat. Perghhh. Bole bayang tak macam mana ak rasa tue. Ak punn jalan balik mahallah balik.

hah. nampak tak kestressan ak tue? haha

 Sampai jaa bilik ak apa lagi. Take a nap laa. Pukul 2 dah ada class blek. Dalam 10 minit jaa ak tido. then ak bangun solat zohor n siap-siap nak pegi class. Nasib baik hari tue buat activity in the lab. Kalau blaja mmg tak masuk la jawabnya. Sebelum pegi tue ada la roomates ak tanya knapa nan ak sebab nmpak ak mcm orang nak pengsan jaa waktu balik tdi. haha. jelas di situ bertapa terok nyaa ak time tue. haha. Then ak ckap laa ak puasa. Dorg gelak jaa. Ak punn cakap laa ak mmg macam nie bila ak dah lama tak puasa. AK punn berjalan laa pegi lab. Jauh weh. Time tue ak rasa macam nak suruh jaa sapa-sapa tolong angkat ak pegi lab tue.(macam orang nazak gila kan?) haha. In the lab mmg awal-awal tue meriah gila laa. Ofcos laa. Sebab first time we need to wear the labcoat. Semua pakat amek gambar laa. Posing macam-macam gaya kot. Aku yg tadi macam nak pengsan tue punn join jugak berposing. haha. Biasa laa. First time.
sNaPiNg

all with them


haha. syok posing kan?


classmate tym phy jaa. :(


kami :)


blog's owner nie ad mcm dr tak? haha. tak layak


blog's owner with her group :)

 Bila dah mula lab sesion tue mmg ak jadi blurr gila pluss laahh. Tak paham pape punn kott. haha.Dasyat betol. Lepas dah habis class nak buat group discussion plak. Adoiii. Ta larat gila ak waktu tue kott. Memang ak sabar gilerr laa time tue. Maw tak nya. Kmi buat group discussion tue kat cafe zc kot.Sekali lagi cafe zc berjaya menggugat iman ak. HAHA. Lepas abeh tue ak teros balik bilik laa. Tunggu gy?. Masuk jaa bilik roomates ak sume soh ak pegi tido sebab nampak muka ak nazak gila. haha. Bole byang tak maka ak macam mana time tue?. After i perform my prayer ak punn terjun laa ke katil ak. Tapi ak tak bole tido laa. So ak punn online laa. TIme onlinee tue perot ak sakit gila-gila. Ye laa. Kan tak makan kan?. Then ak punn bagi laa roomates ak guna lappy ak nie as ak punn nak baring kejap sebb perot ak sakit gila. lepas 2 3 minit tue perot ak oke balik laa plak. So ak punn join laa sembang nan roomates ak yg len nie plak. besa laa. Bilik ak kan 8 org sume. So bnyak activity la kmi buat.

pic roomates tyqarblbs :)
(tapi time Taaruf week dlu laa)

posing sebelum solat


peace :)


aisyahian :)


comelian :)


cute miut :)


dorg mmg femes dgn ayat 'siot jee.' haha :)


we are engineus :)


 Dalam pukul 6.50 macam tue kmi punn turun laa pegi cafe sbb nak beli makanan. Mahalah Aisyah iaitu mahallah ak makanan agak murah. So memang ramai laa org makan kat mahalah kami nie. Tue yg kmi kena bli cepat sebelum makanan habis. Haha. Because that was the first time i'm fasting so ak punn berbuka special cket laa. Ice blended n nasi campur laa. Ice blended tue jaa yg special nyaa. haha. bila dah masuk waktu kmi punn makan laa. wahhh. Puas nyaaaaaa bila ak dapat kunyah nasi tue. Haha. Tengok. Maw nya ak tak gemok. Hobi punn suka makan. haha. Habis laa cerita ak pasal puasa pertamaku. haha. 

oke lahh. setakat nie jaa yg dapat ak coretkan dulu. Hopu u guys enjoy reading my blog although i feel that my blog today is very weird. haha. (apa yg weird punn ak tataw laa. haha)

salam nisfu syaaban daripada:

tyqarblbs yg berpuasa :)
Starry Sun