Followers

Tuesday, April 14, 2015

STRESS

Assalamualikum and hye hye hye to uols,

Biasalaaa. Bila jumpa blog jer nak cita pasal stress. Bila jumpa jer nak stress. Aku bukan apa. Aku lately mmg sangat stress. Aku sendiri tak dapat nak kawal emosi aku. Selalu jer serabut pikir itu ini. Sekarang nie aku rasa macam dia marah aku pulak. Kenapa la dia? Sebab pagi tadi ke? Oke. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab aku tahu aku salah. Nie laa salah satu sebab kenapa aku tak suka group work. Aku tak suka presentation. Aku tak suka semua laa. Kadang2 rasa macam nak keluar jer dari u nie. bagi semangat kat orang beriya padahal aku sendiri tak kuat pun sebenarnyaa. Aku tak kuat nak hadap semua orang. Tak tahu laa. Aku rasa macam sekali lagi aku rasa nak menangis. Memamng tak terkawal sangat perasaan aku sekarang nie. Serabut jer. Aku dah penat taw nak hadap semua benda nie. Seriously. Nak kena jaga hati orang, nak kena pikir pasal orang lain punya perasaan. Kadang-kadang aku rasa aku lagi suka nak bersendirian daripada hidup macam nie. Level confident aku dekat diri aku sendiri pun low skrg nie. Mood swing. Memang mood swing sangat. Ya Allah. Stressssssnyaaa. Malu pun memang jangan kata laaa. HAIHHHHHH

Tuesday, January 6, 2015

LALALA~~ :)

Assalamualaikum and hye hye hye to uolsss.

Sekarang aku tengah typing blog aku sambil dengar ost lagu Hana Zakarinokimitachi. Entah kenapa aku tetiba teringat kat Hazwan. Sedih pulak. Adik dia baru jer kembali ke rahmatullah. Aku tertanya-tanya dia macam mana sekarang. Sihat kah? Dah makin oke kah? Macam mana exam dia haritue., boleh jawab tak? Macam-macam sangat aku nak tanya dia sekarang nie. Tapi tue laa. Aku tak mampu nak tanya. Even atas nama kawan baik aku still aku still rasa tak mampu nak wassep tanya dia macam mana dia sekarang. Sekarang aku masih lagi final tapi tak tahu kenapa aku malas sangat dan gila korea aku menjadi-jadi pulak sekarang nie. Hasutan syaitan memang mengena betul dengan aku sekarang nie. Tepat jer dia tembak nak menghasut aku untuk study.

Bila terfikir pasal calculus aku rasa aku akan kena repeat laa. Aku sangat tak boleh buat calculus. Aku redha. Aku jadi macam tue pun sebab salah aku sendiri. Nie laa nilai yang perlu aku bayar atas apa yang aku dah buat. Aku redha sangat-sangat sebab memang salah aku. Nampaknyaa impian aku nak belajar dekat Korea hanya tinggal harapan je laa kot. Tak mungkin layak aku even untuk mintak pinjamam sekali pun. Mesti tak layak. Aku ada lagi dua paper untuk aku habiskan sebelum balik cuti. Tak sabarnya nak jumpa family sekarang nie. Rindu sangat family aku. Tambah-tambah bila lama tak balik lepas tue dengan time exam pulak niee. Memang mixed betul perasaan aku sekarang nie. Balik nie pulak terus kena kerja. Since aku dah lama tak jumpa budak-budak aku harap aku akan jaga dorang nanti dengan penuh kasih dan sayang. Macam anak aku sendiri laa kiranya. Bukan maksudnya sebelum nie aku tak cuba yang terbaik. Tapi aku rasa sebelum nie aku belum bagi sepenuhnya dekat budak-budak yang aku jaga. Kali nie niat aku nak jaga budak-budak tue semua dengan baik sekali. Nak control marah. Lagipun satu hari nanti aku akan hidup berkeluarga jugak. Aku pun mesti tak nak orang buat teruk-teruk kat anak aku nanti. So aku akan cuba bersungguh-sungguh jaga dorang dengan baik. Doakan aku yer. Maaf kalau ada salah silap. Aku ssayang semua orang. Peace yooo!!~~

Sunday, December 28, 2014

FINAL EXAM

Assalamualaikum and hye hye hye to uolss.

Sekarang tengah final exam week. Esok aku exam comp in science. Tapi sekarang jugak aku malas sangat nak study. Mengantuk laa. Ini laaa. Itu laaa. Macam-macam laaa. Lepas tue perangai pun macam nie ada hati nak belajar luar negara. Aku sekarang nie nak cuba kuat untuk harungi segala kutukan orang dekat aku supaya one day aku boleh survive untuk belajar dekat luar negara. Aku nak cuba untuk tak nak jadi cengeng. Tak nak jadi orang yang cepat sedih bila orang kata sikit. Mudah melenting bila orang marah sikit. Aku jugak nak start untuk belajar untuk bertnggungjawab dalam semua kerja yang aku buat. Memandang aku tulis blog nie akhir tahun. So aku nak jadikan nie azam aku untuk tahun depan. Aku pun berazam untuk study sungguh-sungguh dan dapat pointer yang boleh melayakkan aku belajar dekat Korea satu hari nanti. Aku akan berusaha sampai ke keringat yang paling akhir untuk pastikan apa yang aku nak nie tercapai. Haaaa. Gitu kau ayat pemberi semangat. Doakan aku sentiasa dapat semangat dengan selalu fikir yang physic nie adalah subjek paling best untuk belajar dan dengan cara fikir tentang keinginan aku selama nie untuk belajar di Korea. Amin. Doakan aku yer semua. Terima Kasih. Jumpa lagi di tahun hadapan. Peace yooo.


Starry Sun